|
|
|
Gambar Pembinaan Masjid : Disember, 2012 |
Gambar Sebenar Masjid Pulai Utama (April, 2013) |
Lot Saham Akhirat
telah dibuka untuk jualan pada 8/4/2012 (Ahad).
Lot Saham Akhirat telah dilancarkan dengan rasminya pada 20/4/2012.
Jualan Lot Saham Akhirat PERINGKAT KEDUA telah bermula pada
1 Muharam 1434H bersamaan dengan 6/11/2012.
(Keterangan lanjut sila lihat halaman di bawah dan di berita Terkini)
Setiap Lot berharga RM500.00
Bayaran boleh dibuat dalam masa 3 bulan daripada tarikh tempahan/pembelian
.
|
|
Keadaan di dalam Masjid - Kipas Besar yang Unik
(April 2013) |
Maklumat terkini berkenaan dengan Pembinaan masjid dan Dana Pembinaan Masjid.
1) Perkembangan Pembinaan Masjid Taman Pulai Utama pada April 2013
Alhamdulillah, Bersyukur kita kepada Allah yang Maha Besar kerana dengan izinNya pembinaan Masjid Taman Pulai Utama berjalan lancar. Sehingga kini pembinaan Masjid telah sampai ke tahap 92%. InsyaAllah dijangka akan siap sepenuhnya akhir Mei 2013 (1/2 bulan dari sekarang).
|
|
|
|
|
Masjid (dari pandangan luar - Jalan Persiaran Pulai Utama) yang hampir siap. |
|
Masjid (dari pandangan luar - Jalan Pertanian) yang hampir siap. |
|
Keadaan Dalam Masjid (Kipas Besar yang menarik) yang siap dipasang untuk digunakan |
|
|
|
|
|
Susur gajah yang menghubungkan masjid dengan surau dan dapur surau lama |
|
Laluan tangga yang menghubungkan masjid dengan surau dan dapur surau lama |
|
Keadaan Dalam Masjid (ruang tambahan belakang ) yang siap dipasang dengan kipas syiling |
Alhamdulillah, berdoalah kita kepada Allah SWT agar pembinaan masjid lancar dan kutipan derma yang telah dikumpul dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.
Berdoa dan berusaha bersama-sama agar diberi kekuatan untuk meneruskan usaha yang mulia ini.
2) Perkembangan Pembinaan Masjid Taman Pulai Utama pada Awal tahun Januari 2013
Alhamdulillah, Bersyukur kita kepada Allah yang Maha Besar kerana dengan izinNya pembinaan Masjid Taman Pulai Utama berjalan lancar. Sehingga kini pembinaan Masjid telah sampai ke tahap 70%. Dijangka akan siap sepenuhnya adalah pada Mei 2013 (4 bulan dari sekarang).
|
|
|
|
|
Masjid (dari pandangan luar - Jalan Pertanian) yang hampir siap. |
|
Masjid (dari pandangan luar - Jalan Persiaran Pulai Utama) yang hampir siap. |
|
Masjid bahagian dalam (dewan solat utama) |
Alhamdulillah, berdoalah kita kepada Allah SWT agar pembinaan masjid lancar dan kutipan derma yang telah dikumpul dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.
Berdoa dan berusaha bersama-sama agar diberi kekuatan untuk meneruskan usaha yang mulia ini.
3) Lot Saham Akhirat Peringkat ke-2 Edisi 1434H/2013M
Alhamdulillah, sasaran Dana pembinaan masjid sebanyak 1 juta telah berjaya dicapai pada akhir tahun 2012 yang lepas. Bersyukur kita kepada Allah SWT yang telah memberi kekuatan kepada Jawatankuasa Dana pembinaan Masjid bertungkus lumus sehingga sasaran yang telah ditetapkan dapat dicapai.
Jawatankuasa Pembinaan masjid juga mengambil peluang ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma sama ada yang berada di kariah Taman Pulai Utama atau diluar kariah sehingga ke peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Sumbangan para penderma sangat berharga tidak kira berapa nilai yang diberi sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga atau buah fikiran.
Berdasarkan kepada sambutan yang diberikan terhadap lot saham akhirat dan pembangunan sebuah Masjid Taman Pulai yang lengkap dengan sepenuhnya, maka Jawatankuasa pembinaan masjid melalui Biro Dana telah melancarkan Lot Saham Akhirat peringkat ke-2 Edisi 1434H/2013M pada 1 Muharam 1434H bersamaan 6 November 2013 yang lepas. Walaubagaimanapun perasmian pelancaran hanya bermula pada 1/1/2013 yang lepas.
Berminat untuk mendapatkan lot saham akhirat boleh berhubung terus dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan atau Biro Dana Pembangunan Masjid.
4) Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Pulai Utama
|
|
|
|
|
Mufti bersiap sedia dengan topi keselamatan dan sarung tangan sebelum menaiki mesin jengkaut. |
|
Ucapan Perasmian Mufti Negeri Johor |
|
SS YB Dato Mufit dan Dato' Abdullah bersama Pengerusi Pentadbiran, Pembinaan dan Imam |
Alhamdulillah, Majlis pecah tanah pembinaan masjid Pulai Utama telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Suasana dan cuaca pada hari tersebut sangat nyaman, seolah-olah rahmat Allah SWT bersama-sama pada hari bahagia tersebut. Syukur kepada Ilahi yang menjadikan semua ini berjalan lancar.
Hampir 100 orang hadir di dalam majlis tersebut yang disempurnakan oleh S.S. YB Dato' Mohd Tahrir bin Dato' Shamsuddin. Turut hadir manyerikan majlis tersebut ialah YB Dato' Abdul Aziz bin Safian (ADUN Nusajaya), YBhg Dato' Abdullah bin Mohd Said (Majidee Holdings - Penja Utama dan Kontraktor utama), Tn Haji Zawawi (Era Tiga Arkitek - Penaja utama), Ketua Kampung Kangkar Pulai.
Majlis bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 10.30 pagi. Tahniah kepada pengerusi dan ajk pentadbiran dan pembinaan yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis yang sangat bermakna kepada semua penduduk Islam di Taman Pulai Utama khasnya dan kepada penduduk Islam sekitarnya amnya.
Semoga usaha kita yang murni mendapat pertolongan daripada Allah SWT dan menjadi asbab keredhaanNya jua.
|